Rabu, Mei 1, 2024
IKLAN METROShopee SaleShopee Sale

Top 5 Minggu Ini

IKLAN METROShopee Sale

Artikel Berkaitan

MAS ubah laluan penerbangan elak ruang udara Iran


Shopee Sale

Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

“Kami mengubah haluan dan mengelak ruang udara Iran,” kata syarikat penerbangan nasional itu kepada Bernama.

MAS, Air India, Qantas Australia serta syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat penerbangan pertama yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu kerana bimbang Iran akan menyerang Israel.

German Press Agency (dpa) melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat yang dia berpandangan Iran akan melancarkan serangan terhadap Israel "lebih cepat daripada jangkaan".

Biden bagaimanapun enggan menghuraikan perisikan rahsia Washington mengenai rancangan Tehran, lapor agensi itu.

Ancaman Iran terhadap Israel semakin meningkat berikutan serangan udara ke atas perkarangan kedutaan Iran di Syria pada 1 April lepas yang mengorbankan beberapa jeneral tentera.

MENARIK:  KPWKM hentikan elaun pengemis OKU miliki Proton X70

Terdapat laporan bahawa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah merampas sebuah kapal kontena yang berkaitan dengan Israel di kawasan teluk.

Bagi AirAsia, tiada satu pun laluan semasanya menggunakan ruang udara Iran.

-Bernama

Anisha Rani
Anisha Ranihttps://metroharian.com
Wanita itu sama seperti bunga. Mereka harus diperlakukan dengan lembut, baik dan penuh kasih sayang.

Paling Popular