Ahad, Mei 12, 2024
IKLAN METROShopee SaleShopee Sale

Top 5 Minggu Ini

IKLAN METROShopee Sale

Artikel Berkaitan

Dolla Tumpang Gembira Syasya Rizal Bernikah, Nafi Berlaku Perselisihan Faham Dalam Kumpulan


Shopee Sale


Kumpulan wanita popular negara, Dolla menafikan dakwaan yang mengatakan pengunduran diri bekas ahli kumpulan mereka iaitu Syasya Rizal berlaku disebabkan oleh pergaduhan dan perselisihan faham.

Tumpang gembira dengan Syasya

Ketika ditemui , ahli kumpulan tersebut iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel memaklumkan sebab sebenar Syasya mengundurkan diri adalah kerana ingin mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya.

Walau bagaimanapun, mereka tetap menghormati keputusan Syasya dan tumpang gembira dengan majlis pernikahan.

Oh tidak, tiada perselisihan faham atau pun pergaduhan yang berlaku antara kami dan sekarang ini, semua orang dah tahu sebab utama kenapa Syasya memilih untuk mengundurkan diri daripada Dolla.

Kami bertiga tumpang gembira dengan pernikahan Syasya.

Pada kami, kebahagiaan dia juga adalah kebahagiaan dan kegembiraan buat kami dan kami sangat hormati keputusannya.

Dolla berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Universal Music yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya.

Ketika ditanya mengenai penerimaan mereka terhadap berita pengunduran terebut, Dolla mengakui mereka agak sedih namun perlu meneruskan karier seni mereka tanpa penglibatan Syasya.

Syasya ada maklumkan pada kami secara berdepan untuk keluar daripada Dolla.

Dan sudah tentu kami bertiga berasa sedih sebab akan berlaku beberapa perubahan dalam kumpulan tetapi sehingga ke hari ini kami masih lagi berhubung dan berkawan.

Syasya mempunyai bakatnya yang tersendiri dan begitu juga dengan kami. Jadi, kami bertiga perlu yakin pada diri sendiri untuk terus bekerja keras dalam industri seni.

Metro Harian
Metro Harianhttps://metroharian.com
Metro Harian membawa berita terkini di Malaysia, hiburan sensasi, isu viral & pelbagai lagi berita harian.

Paling Popular